Sunday, March 21, 2010

AMALAN AMALAN PERUBATAN



Selain daripada mendapatkan rawatan doktor dan mengambil ubat doktor,kita juga boleh mengamalkan amalan amalan perubatan cara Islam seperti diatas. Kita perlu mengamalkan nya dengan penuh keyakinan. Insyaallah.
Semoga berjaya.

Wassalam

Saturday, March 20, 2010

DOA UNTUK ANAK YANG SEDANG MEMBESAR

Doa untuk anak 7 tahun keatas
Surah Luqman - Ayat 13, 16 & 17

Doa untuk anak remaja
Surah Al-Furqaan - Ayat 73

Doa untuk anak2 yang sudah berkahwin
Surah Al-Furqaan - Ayat 74

Wassalam

Monday, March 15, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD s.a.w.

Saya ingin berkongsikan khutbah ini:

Wahai manusia, degarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba.
Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh sungguh kataku ini. Semahlah Allah, dirikanhlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah dibulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainya terkecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku. Dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AlQuran dan sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikan ya Allah bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

************

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 di Lembah Uranah, Gunung Arafah

*************

Dipetik dari buku Kemanisan Doa

Wednesday, March 10, 2010

HADIAH HARI LAHIR YANG KE21




Ulang tahun hari lahir Liyana yang ke21 sudah berlalu 4 bulan lebih. tak celebrate pun sebab dia tengah ada peperiksaan final year. Jadi hold on sampai sekarang. Dia pun dah tawar hati nak buat jamuan, kawan2 semua kebanyakan dah balik kampung, ada yang dah bekerja, semuanya jauh2.
Dia mintak hadiah je. Nak wardrobe, nak dua. Pilihan dia seperti dalam gambar. almari lama transfer kat adik dia. Jadi besarlah wardrobe Faiz. Beli dulu sepasang.

Kesian anak mama, orang lain dapat emas, intan berlian, kereta. Tak apalah asalkan anna bahgia.

Mama ucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke21.
"Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, segala kepujian itu bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w. keatas keluarganya dan sahabatnya sekalian.
Ya Allah berliah Izzati Liyana rezeki yang melimpah ruah lagi halal, kebahgian dan kesihatan sepanjang hayat, jauhkanlah dia daripada segala keburukan dilangit dan dibumi, berilah dia kebaikan selalu. Ampuni dosa dosa dia sama ada dalam sedar atau tidak. Berilah dia jodoh yang baik baik. Mudahkanlah urusanya dan terangkan lah hari harinya. Jadikanlah Izzati Liyana sebagai saorang anak, wanita, isteri, ibu, kawan, sahabat yang soleha".

AMIN YA RABBAL A'LAMIN

Tuesday, March 9, 2010

JOM KITA PI MAKAN



Orang orang utara mai KL hari tu..sebab ada kenduri kawin. Lepas tu depa ingin nak makan sate, sate kajang. Kami kata tak payah pi jauh jauh, kat rumah kami pun ada sate kajang. Lokasinya dekat Taman Melati. Sederet dengan kedai ni macam macam restoran ada. Nasi Lemak antarabangsa pun ada. Restoran Kelantan ada, Western food ada....kunjungi ke Taman Melati dan cuba lah..

Monday, March 8, 2010

Saturday, March 6, 2010

RUMAH KAMPUNG



Inilah rumah kampung yang kami selalu tuju pada tiap tiap hari raya dan cuti sekolah. Dulu pandangan nya indah, kemas, bersih, penuh dengan pasu bunga, pokok kayu manis, pokok inai, pokok kari, pokok limau purut, pokok kelapa, daun pandan dan lain lain. Rumputnya dipotong rapi. Sejuk mata memandang. Laman sekeliling rumah luas. disebelah tepi rumah ada perigi.

Dibawah bumbung ketiga, yang jauh sikit tu, itulah rumah bawah. Disitu sejuk. Semua berkumpul diruang itu. Bila time tidur sahaja baru semua naik atas.

Pemilik barunya ada. Tetapi sibuk dengan tugasan hari hari. Bila rumah tak dibela, macam macam lah berlaku. Bumbung bocor, ada juga yang hilang. Rumput mula panjang, tak potong berbulan bulan. Perkakas yang mana ada dalam rumah habis dikebas orang. Lepas tu banyak lah tuduhan. Dia kata dia, dia kata dia. Bagaikan rumah siap pahat berbunyi. Lama kelamaan, rumah dilelong. Piece by piece. Setiap keluarga balik, tengok tinggal tapak saje. Sedih sungguh. Apa nak dikata. Rumah orang!

Sekarang susah nak dapat rumah kampung macam tu. Itulah saje kenangan yang ada.