Anak saya selalu berungut fasal lecturer dia. Ada sahaja yang tidak kena. Ini lah, itu lah.
Wahai anak anakku, kita mesti selalu mendoakan guru guru sepertimana kita mendoakan ibubapa. Hati guru akan lembut, dan apabila kita disayangi, dia (guru) akan membantu kita hingga berjaya. Percayalah. InsyaAllah.
Tatapi lah kata kata ini:
"Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berilmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak. Yang miskin jangan dihina, yang kaya jangan disanjung. Yang lemah jangan dipijak, yang berkuasa jangan dijulang. Taburkan budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi".
dipetik dari blog martinelli
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
2 years ago
No comments:
Post a Comment