Monday, January 31, 2011

INSAF LAH

Bila dunia jadi sepi, senyap dan sunyi;
Hati pilu tidak terperi;
Apakah ini mimpi ngeri????
Atau realiti!!!!!
Dia pergi tidak kembali;
Kini....tiada lagi teman sejati.

Gementar tubuh seketika;
Gelap pandangan dihadapan mata;
Hidup sekarang teraba raba;
Baru teringat yang maha kuasa.

Sejadah, lama ditinggalkan;
Kiblat, arah mana perlu dihadapkan;
Quran, ingat kah lagi tajwid dan idgham;
Yasin, fasih kah lagi lidah melafazkan,
Zikir, mengubat jiwa yang kusam.

Ingat!!!!
Dalam setiap pergerakan
Islamkah zahir itu;
Tertutupkah aurat itu;
Dalam kelapangan dan kesibukan;
Dalam kesenangan dan kesusahan;
Siapa yang akan menolong, TUHAN....

Anak anak janganlah derhaka;
Ingat kepada ibu dan bapa;
Kalau mencari cinta;
Biarlah kerana nya;
Dalam memilih teman;
Biarlah yang beriman.

Wahai anak Adam!!!!!
Dengan titisan air mata;
Angkatlah kedua tanganmu;
Mohon ampun atas segala dosa;
Bertaubatlah dan sujudlah;
Sebab diri ini milik yang berkuasa.

Wednesday, January 19, 2011