Friday, April 30, 2010

FUNG SHUI

Ini bentuk kobis panjang. Dari Beijing. Katanya untuk dapat banyak wang. Bunga yang besar tu hendak lah dihadap kan ke muka pintu, manakala ekor yang runcing itu mestilah di talakan ke dalam rumah. Jadi rezeki tak keluar, masuk je.. Jangan percaya....buat perhiasan boleh.


Inilah Ayat Seribu Dinar.

Kita orang Islam tidak ada Fung Shui. Fung Shui ni termasyhor hanya dikalangan orang orang Cina sahaja.

Orang2 Islam di suruh berdoa untuk apa sahaja. Ayat seribu dinar ini adalah salah satu doa untuk memohon rezeki.

- amalkan membaca ayat ini setiap pagi dan petang dengan bilangan ganjil seperti:
3 kali, 5 kali, 7 kali dan 41 kali.

- dengan amalan yang berterusan insya Allah, akan dikurniai rezeki yang tidak
disangka sangka dari Allah SWT.

Ayat Seribu Dinar - Surah At-Talaq

Thursday, April 29, 2010

MY LITTLE SHOP

Just a small sinage













Front view of shop

This is the view from inside the shop

Kini....disinilah tempat menghabiskan masa, disinilah merupakan tapak mencari sesuap nasi yang halal selepas besara. Pendapatannya tidak seberapa. Gajinya..... kira tiada. Yang ada hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak lagi seperti zaman bekerja...makan gaji. Anak anak masih dalam pengajian, ada yang baru graduate tapi belum kerja lagi. Semua masih dalam tanggungan.

Kedai ini kedai alat tulis dan macam macam ada. Seperti didalam gambar. Dari luar kelihatan kedai ni gelap, sebab lampunya terlalu tinggi. Perkhidmatan yang disediakan adalah :- fotostat, binding, laminate, faks, printing (guna pendrive dan CD/diskette) fotostat kaler.

Buku buku agama pun ada, novel dan magazine belum ada. Shawl, jubah, tudung, rantai dan gelang kristal, kotak hadiah, menjelang syawal kuih raya selalu ada. Semua barang barang ni harganya dalam lengkongan mampu di beli.

Ramai pelanggan pelbagai bangsa. Dulu orang orang Melayu berdiri diluar saja, bertanyakan sewa kedai berapa, punca income dari mana, masuk kedai cek, ada remark lagi...."oh murah, murah" tapi tak beli pun. Macam tak percaya je.... Tapi sekarang insya Allah, kedai ni masuk bulan Ramadhan tahun ini genap lah dia 2 tahun. Dah mampu yakin kan orang ramai agak nya.

Orang diKL ni lain sikit. Kalau orang orang pantai timur, mereka tak akan masuk kedai bukan melayu. Tapi masyarakat ramai dah sedar, termasuklah diri saya.

Kadang2 customer beritahu tak nampak kedai. "Kami pusing 2, 3 kali baru jumpa kedai kakak"
Mungkin kerana papan tanda tak ada lagi kut. Banyak kami dah berikhtiar, dah buat doa selamat, jampi, zikir, semua dah di ikhtiarkan. Sebelah kiri kedai runcit India, sebelah kanan kedai dobi India. Jauh sikit kedai alat tulis Cina.

Insya Allah kami ada keyakinan kami bolih maju. Hanya beserah kepada yang maha esa.


Wednesday, April 28, 2010

DOA IBU BAPA

Ayahanda

Dengarlah rintihan anakmu
Hidup kini yatim piatu
Ayah pergi diusia yang muda
Hati pilu tapi ku redha

Rindunya redup diwajah mu
Terbayang senyuman yang dipamer selalu
Bagaikan tiada resah gelisah
Jiwa yang bergelora tiada yang kisah

Kau lahirkan famili yang bahagia
Kau mempertahankan maruah keluarga
Kau pastikan kukuhnya tiang agama
Dalam jiwaku buat selama lama

Inginku ucapkan ribuan terima kasih
Atas segala susah payah ayah
Ku panjatkan doa kepada Allah
Agar ayah ditempatkan dengan yang soleh

Al Fatiha

IBU

Ibu
Wajahmu segar dalam ingatan
Engkau wanita yang aku sanjungi
Dalam kehidupan mu wahai ibu
Engkau disaluti dengan ketabahan
Engkau berlantaikan semangat
Engkau berdindingkan kegigihan
Engkau berteduh dibawah keimanan
Penderitaanmu tidak kelihatan
Keluh kesahmu tidak kedengaran

Ibu
Engkaulah ratu hatiku
Engkau penghibur duka lara
Engkau hakiskan unsur negatif
Engkau pastikan aku berjaya
Terbentang luas lautan budimu
Wahai ibu
Tak terbalas jasamu itu

Ibu
Engkau pergi menyahut seruan illahi
Meninggalkan aku saorang diri
Kini aku bertemankan kekuatan; keyakinan
Yang engkau tanam dalam kalbuku
Masihku ingat pengorbananmu
Betapaku rindu kasih sayangmu
Wahai ibu

Ibu
Ku doakan rahmat dari sisi tuhanmu
Ku pohonkan keampunan dari yang maha esa
Ku pinta syurga buat mu ibu
Syurga Adnin untuk ibu tersayang

AL-FATIHA

GIVE ME A THOUSAND MOTHER, I WILL STILL CHOOSE MY MOTHER

Tuesday, April 27, 2010

The 7th Wonder of the World - Beijing, China


At the Crossom Factory

The Great Wall of China. Dapat certificate sesiapa yang sampai ke mid-peak, Makcik 70 tahun ni sampai dulu pada saya.

Inside Forbidden City, Beijing

Saturday, April 24, 2010

My Family Tree


Untuk anak-anak mama. Disinilah mama bermula. Family Tree ini sebelah mama. Sebelah ayah lihat lah bawah Bramsha

Thursday, April 22, 2010

Jiran Yang Suka Bela Kuching

Jiran dua orang andartu. Tinggal serumah. Rumah tu milik berdua. Sorang tu suka pulak bela kuching. Banyak kuching tengah jalan dia kutip dan bela. Lagi sorang tu agaknya tahap toleransi dia mesti tinggi. Sabarlah je agaknya.
Bau kuching dia busuk. Sangkar besar. Kuching tu beranak pinak pulak tu. Dia selalu pegi outstation, macam mana nak bersihkan kawasan kuching. Tak sempat dia balik, bau dah harum semerbak. Jiran sebelah rumah dia tak tahan, lalu mengadu kat salah satu rancangan radio yang hangat2 bangat ni. Mungkin dia terdengar. Maka beralih tempat lah sangkar kuching dia.
Hari minggu kalau dia ada, bersihlah kuching2 dan sangkarnya. Tapi belakang rumah saya pula bau busuk dan kotor. Sebab tahi kuching semua tersangkut kat pasu2 saya, tak lepas masuk parit. Adooooooh penatnya saya, dah lah kita tak larat. Tegur salah tak tegur pun salah.
Jagalah sikit hati jiran2.

Monday, April 19, 2010

FAMILY OUTING


Kuching - Children enjoying themselves

Tanjung Piai. Do you know where it is?? Location - Go to Kukup Pontian in Johor. It is the most Southern tip of Mainland Asia. Flora & Fauna

Faiz's request to watch Lima Airshow at Langkawi

Family Get-together. Birmingham meets KL

Thursday, April 15, 2010

SECRETARY'S DAY


Spring in Korea

Enjoying Lake Toba


Secretaries watching bear hugging in Jakarta


Sec's Lunch with Datin Munira of HR & Cik Zawiyah D Co. Sec.

Sunday, April 11, 2010

CUCU SAUDARA YANG PERTAMA


B'day card from - copyright reserve@notanotatante@blogspot,com
WAN FATNIN INSYIRAH BINTI WAN ZUL-ATFI. Baru dapat kaki, suka parade lah dia..

Tumpang sayang cucu orang.