Thursday, April 29, 2010

MY LITTLE SHOP

Just a small sinage













Front view of shop

This is the view from inside the shop

Kini....disinilah tempat menghabiskan masa, disinilah merupakan tapak mencari sesuap nasi yang halal selepas besara. Pendapatannya tidak seberapa. Gajinya..... kira tiada. Yang ada hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak lagi seperti zaman bekerja...makan gaji. Anak anak masih dalam pengajian, ada yang baru graduate tapi belum kerja lagi. Semua masih dalam tanggungan.

Kedai ini kedai alat tulis dan macam macam ada. Seperti didalam gambar. Dari luar kelihatan kedai ni gelap, sebab lampunya terlalu tinggi. Perkhidmatan yang disediakan adalah :- fotostat, binding, laminate, faks, printing (guna pendrive dan CD/diskette) fotostat kaler.

Buku buku agama pun ada, novel dan magazine belum ada. Shawl, jubah, tudung, rantai dan gelang kristal, kotak hadiah, menjelang syawal kuih raya selalu ada. Semua barang barang ni harganya dalam lengkongan mampu di beli.

Ramai pelanggan pelbagai bangsa. Dulu orang orang Melayu berdiri diluar saja, bertanyakan sewa kedai berapa, punca income dari mana, masuk kedai cek, ada remark lagi...."oh murah, murah" tapi tak beli pun. Macam tak percaya je.... Tapi sekarang insya Allah, kedai ni masuk bulan Ramadhan tahun ini genap lah dia 2 tahun. Dah mampu yakin kan orang ramai agak nya.

Orang diKL ni lain sikit. Kalau orang orang pantai timur, mereka tak akan masuk kedai bukan melayu. Tapi masyarakat ramai dah sedar, termasuklah diri saya.

Kadang2 customer beritahu tak nampak kedai. "Kami pusing 2, 3 kali baru jumpa kedai kakak"
Mungkin kerana papan tanda tak ada lagi kut. Banyak kami dah berikhtiar, dah buat doa selamat, jampi, zikir, semua dah di ikhtiarkan. Sebelah kiri kedai runcit India, sebelah kanan kedai dobi India. Jauh sikit kedai alat tulis Cina.

Insya Allah kami ada keyakinan kami bolih maju. Hanya beserah kepada yang maha esa.


No comments:

Post a Comment