seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan
kepada Allah swt, sewajarnyalah sepanjang bulan
ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya'ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat
2. Bertaubat dan Beristiqhfar
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Malam Nisfu Sya'ban
Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban itu telah disebutkan
di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal r.a. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
 "Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya 
 di Malam Nisfu sya'ban, maka diampunkan dosa sekalian
 makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah 
 atau orang yang bermusuhan."
Pada malam Nisfu Sya'ban juga, adalah di antara malam malam
yang dikabulkan doa.  Mengikut pendapat Imam asy-Syafi'e
dalam kitabnya al-Umm telah berkata:
 "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan:
 sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam,
 iaitu:
 pada malam Jumaat,
 malam Hari Raya Adha
 malam Hari Raya Aidil Fitri
 malam pertama di bulan Rejab
 dan
 malan Nisfu Sya'ban
Kita boleh menghidupkan Malam Nisfu Sya'ban 
dengan memperbanyakkan beribadat seperti:
 sembahyang sunat
 berdoa
 berzikir
 membaca al-Quran
Petikan dari PROJAKIM
 
 
 

No comments:
Post a Comment