Tuesday, July 20, 2010

GIGIHNYA ANAK-ANAKKU MENCARI DUIT


Izzati Liyana setelah bergelar seorang graduan sejak 6 bulan lalu belum lagi mendapat sebarang perkerjaan. Keluar saja dari universiti dia sudah mula menolong ayahnya dalam bidang bisnes.
Sambil sambil itu rupanya dia mengambil kesempatan untuk menjalankan bisnes sendiri. Dengan bekalan wang yang sedikit dia menceburi perniagaan
kecil kecilan. Dia berniaga online, display produk produk yang ada di kedai. Syukur alhamdulilla...ada la dapat sikit masuuk.
Produk produk dia adalah....
Selendang, pashmina, biskut raya, make-up, brooch, baju muslimah......
Banyak lagi akan datang, katanya.


Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.













Faiz pula masih lagi dalam pengajian dikolej. Semester lalu dia dapat 3 pointer.
Harap harap berkekalan atau lebih bagus lagi.
Sambil belajar Faiz berkerja di McDonald. Sekarang ini dia dilantik menjadi Floor Manager.
Naik pangkatlah anak mama ni. Gaji pun lebih lah sikit. Jangan belanja sakan dan jangan ghairah dengan duit tu.. tak banyak mana pun.
Mama nak ingatkan, assignment dan projek jangan lupa siapkan, dan jangan abaikan pelajaran. Inilah senjata hidup. ILMU
Selamat maju jaya dalam semua bidang.






No comments:

Post a Comment