Thursday, March 4, 2010

BALIK KAMPUNG


Terkenang pula pada zaman berebut rebut balik kampung waktu hari raya puasa. Selalunya 1 hari sebelum hari raya kami pulang kekampung. Kami anak beranak selalu menuju keutara. Ini bagaikan wajib sebab aku sudah tidak ada kedua dua orang tua. Dijalan raya selalu sesak dengan kenderaan. Sebelum wujudnya lebuhraya, diBidorlah selalunya tempat yang membuatkan sesak lalulintas. Berjam-jam terkandas disitu. Bila lebuhraya siap, perjalanan kami dari KL ke Butterworth hanya mengambil 3 jam sahaja.
Sudah jadi lumrah kami bercuti 1 minggu dikampung. Suamiku adalah orang yang paling bahagia sekali atas bumi Allah ini pabila balik kampung. Anak kesayangan mak, duduk bawah ketiak saje lah. Waktu itu anak anak masih kecil lagi. Boot penuh dengan beg baju, kasut, selipar, pampers, plastik sampah, tin susu, botol susu, thermos, sabun cuci pinggan, sabun basuh baju, sheltox. (sebab banyak nyamuk). Makanan pun ada, ayam roast yang siap masak, kek coklat, cheese kek, biskut, roti, butter, jam, srikaya, cheese, makanan mentah pun ada, seperti bawang, chili boh, telur, ikan bilis, udang kering, kentang, susu pekat, kopi hitam, nescafe, F&N syrup, F&N oren. Macam nak berpicnic ke apa ni!!! Ubat ubatan pun tak pernah lupa dipekkan. Plaster, minyak lam, minyak gamat, ubat batuk, ubat selsema, zambaq....

Adik beradik suami 1 team bola sepak. Bayangkan, boleh kata semua balik, tapi lain lain hari. Yang tinggal berhampiran boleh balik hari. Masing masing ada anak ramai, ada 7, ada 8, ada 9, ada berbelas belas, ada juga yang 3, 2. Kami anak 2 orang saje. Budak budaklah yang paling seronok sekali. Jumpalah cousin mousin, besar kecil, main, ketawa, melompat, bergaduh, menangis, rioh rendah rumah tu.... baik tak pecah. Bukan tu saje depa adik beradik kalau cakap pun macam bergaduh. Kuat sungguh. Bagaikan guruh dilangit.
Depa tu semua pandai masak. Baik yang lelaki atau perempuan. Tapi pada hari raya, selalunya kakak sulong depa yang masak, sampai 1 minggu lah, sampai kami semua balik. Mak dia dah terlalu tua dan uzur. Walaupun begitu cek tak kering tangan didapur, menolong apa yang patut.
Bila malam tiba, semua tidur lambak. Bilik diatas penuh, ruang depan, rumah tengah semua penuh sampai kebawah. dibawah muat empat keluarga. Kalau nak ke bilik ayaq, jalan kena hati hati takut nanti terpijak orang pulak.
Bila membasuh baju, ampaian lebih pada penuh. Kena tunggu giliran membasuh dan menyedai kain baju.
Duit raya bukan hanya untuk anak anak, untuk yang dewasa pun ada disediakan. Untuk mak memang dalam angpow paket yang besaqlah, sebab besaq dan tebal duit untuk dia.
Seronoknya balik kampung suami sebab sendiri tak ada kampung. Ada masanya kami akan dibawa melepasi sempadan Thai. Tapi selalunya kami dibawa shopping disempadan sahaja. Dulu kala masih seronok shopping kat situ. Sekarang dah tak ada apa dah. Suamiku tahu aku suka pergi ke Pekan Rabu pabila kami keKedah. Best nya...beli pulut berpaket paket. Pulut putih, pulut hitam, minyak gamat (pesanan orang) dan lain lain. Semuanya buat hadiah untuk orang diKL pulak. Masa ada 1 minggu, bila nak pergi menziarah kami berkonvoilah. Pergi keBalik Pulau, lepas tu singgah beli jeruk jeruk, ikan masin. Oh ye, belacan selalunya kami tempah dulu dari orang melayu. Untuk bawa pulang, ambil sampai 20 paket. Ramai orang pesan belacan Pulau Pinang. Semuanya untuk buah tangan orang diKL. Dirumah, 1 buku belacan boleh tahan sampai 2 tahun. Tak makan selalu sebab ada resdung.

Sampai masa untuk berangkat pulang keKL, sekali lagi ku menghulurkan duit untuk bayaq bil ayaq, bil letrik dan duit gas, tak lupa juga hak 'tukang masak'. Sebab kami mandi, basuh baju, streka baju, masak makan dan sebagainya.
Ada perigi detepi rumah, mak pasang pam buat saluran masuk kepaip ayaq. Tahun yang mendatang cek tak perlu bayak duit ayaq lagi.
Sekarang dah lebih kurang 10 tahun tak balik kampung sebab mak dah kembali keRahmatullah. Anak anak masih terkenangkan zaman mereka balik kampung. Biasanya itulah kenangan yang paling seronok buat semua.

No comments:

Post a Comment