Monday, March 1, 2010

JODOH

Disekolah aku ada ramai kawan. Semua kawan perempuan sebab dulu dulu sekolah tak campur lelaki perempuan. Mula berkenalan dari tingkatan satu sampailah tingkatan 5 Orang nya manis, lawa, menarik, sederhana tingginya, pandai memasak, bijak bercakap. Pernah menjadi ratu kebaya di suatu pesta. Kita namakan dia MELOR.

Aku masih ingat lagi, lepas sahaja keputusan Senior Cambridge, masing masing sibuk mencari borang untuk melanjutkan pelajaran, ada yang mencari kerja dan sebagainya. Tetapi lain pula dengan Melor. Ibu bapanya mencarikan dia jodoh. Mestilah dari golongan orang atas atasan.
Melor pun berkahwinlah dengan anak Datuk dari Kuala Lumpur. 9 bulan kemudian, lahirlah saorang puteri. Genap 1 tahun masjid yang didirikan runtuh. Khabarnya Melor didera oleh sang suami. Oleh kerana dia tak tahan lagi dengan penderitaan yang di tanggungnya itu, maka Melor minta dilepaskan. Bencinya terhadap lelaki yang bernama suami itu, dia tidak sanggup mengambil puterinya untuk diasoh dan dididik. Berlalulah dia meninggalkan suami dan anak dan kembali ke kampung asalnya.
Ibu bapa Melor menghantar dia keluar negeri untuk melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya itu. Disana Melor menceduk ilmu untuk bekalan hari depan. Agak lama juga dia merantau di negeri orang. Dalam pada hal itu, cerita sang suami dan anaknya tak habis begitu sahaja. Anaknya yang baru berusia 2 tahun lebih pada masa itu, didapati mati mengejut. Ada yang kata mati dalam tidur, ada yang kata kena cekik, dan macam macam cerita. Sang suami agaknya mengalami sakit mental. Tapi, Melor tak rasa sedih atau kesal sedikit pun atas apa yang berlaku terhadap anaknya.

9 tahun sudah berlalu. Muncullah saorang usahawan muda dari kalangan kaum wanita yang berjaya. Itulah Melor. Dengan takdir tuhan bertemulah dia dengan jejaka yang kaya. Kali ini pilihan hati sendiri. Kami semua tumpang gembira. Jejaklah Melor ke atas pelamin buat kali yang kedua. Jodoh ini pun bukan calang calang orang. Orang koprat dengan usahawan yang berjaya, sama padan sama cantik bak pinang dibelah dua. Dia ni selalu bunting pelamin. Sampai 9 bulan lahirlah saorang puteri, lagi sekali. Ibu mana tak sayankan anak. Inilah permata hati Melor.
Agak nasib Melor malang sungguh. Genap 1 tahun perkahwinan, istana yang di impikan hancur lebur. Dengar kata jejaka koprat ini kembali semula kepada girl friend lama dan berkahwin dengannya. Sampai hatikan, sanggup meninggalkan isteri dan anak dan tergamak pula kembali kepada yang lama.
Kami kawan kawan agak sedih dan hairan juga. Melor, dia cantik, manis, pandai bergaya, pandai masak, pandai ambil hati orang, tapi kenapa perkahwinan tak menjadi selalu. Memang itu sudah ketentuan Allah yang maha esa, agaknya, jadi tiada siapa yang boleh membantah. Wallahu'alam.

Sepanjang perjalanan hidup Melor, banyaklah event antara kami kawan kawan. Ada yang telah mendirikan rumah tangga, ada yang cerai berai, ada yang sakit teruk, ada yang accident, ada yang kembali kepada yang esa, ada juga yang belum mendirikan rumah tangga.
Melor, dengan pengalaman yang dia ada, dia tidak lepaskan anaknya itu. Kali ini dia berazam untuk membesarkan anaknya sendiri. anak dia cantik dan manis seperti dia juga. Harap harap biarlah nasib anaknya lebih cerah daripada nasib dia.
Selepas beberapa tahun kemudian dalam senyap Melor menjadi isteri kedua. Bayangkan orang bermadu. Kalau suami tetap sayang tak apa. Dapat pula suami yang menempek bisnes sahje, kaki pukul pula. Dah lah tu harta yang dia ada pun habis kena kikis. Aduhaaai apa nak jadi dengan Melor. Sampai kini, agaknya Melor malu nak berjumpa dengan kami. Kebahgian memang tidak memihak sebelah dia. Kesian sungguh....

Tapi semangat Melor kuat. Sebagai saorang usahawan dia tetap menjalankan perniagaannya dan tetap bersama dengan anaknya.

Semuga Allah memberi dia kebahgiaan yang dicari cari nya.

Amin..

DOA KESEJAHTERAAN RUMAH TANGGA / DOA AGAR PEROLEH PASANGAN DAN ANAK2 YANG SOLEH:
SURAH AL-FURQAAN - AYAT 74

DOA KASIH UNTUK KELUARGA: SURAH AL IMRAN - AYAT 31

DOA PELEMBUT HATI:
SURAH AL IMRAN - AYAT 200 (BACA 3X LEPAS SOLAT TIAP2 WAKTU

No comments:

Post a Comment