Friday, March 5, 2010

IBU MERTUAKU


Ibu mertua diibaratkan sebagai ibu sendiri. Apatah lagi dia ibu kepada suami. Padaku, dialah penganti ibu sebab ibu sendiri dah lama pergi menyahut seruan illahi. Tetapi tak ramai yang boleh ngam dengan ibu mertua. Harap harap bila menjadi ibu mertua kelak, biarlah ada jalinan kasih sayang antara mertua dan menantu.

Boleh ku bayangkan, hari pertama berjumpa dengan bakal ibu mertua dirumah abangnya. Kelihatan saorang ibu tua yang uzur sedang duduk dengan tenang. Apabila aku dibawa masuk berjumpa dengannya, terlihat wajahnya begitu gembira dan sungguh menyenangkan. Dia tersenyum lebar melihat aku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia pandang anak nya dan mengenyit genyitkan mata sambil berkata..."ini kah dia, ini kah pilihan hati hang, hai Mat Salleh".

Nak ketawa pun ada, dari saat itu terdetik hati ini bahwa dia menerima ku dengan ikhlas. Aku memang prihatin orangnya dan sentiasa menjaga tingkah laku dan gerak langkah sebab dia ramai anak menantu yang hebat hebat belaka. Siapalah aku.....
Sepanjang masa menjadi anak menantu kepada ibu ini, aku sedar bahwa dia suka bercerita denganku. Agaknya sebab aku suka mendengar celotehnya. Sayang seribu kali sayang, tidak pula dicatit apa yang diluahkan.

Yang terang dalam ingatan, dia bercerita pasal orang masuk meminangnya. Zaman dia zaman yang dijodoh jodohkan. Erti kata lain - di paksa walau suka atau tidak. Dia bercerita...."mak teriaq, orang masuk minang mak, orang keling. Mak tak maau...bila depa datang mak intai disebalik tabir. Mak nampak orang keling tu..., dia putih, kulit putih merah tak macam keling pun. Lega..hati mak". Sambil mengusap usap dada. Memang betul, adik beradik depa semua putih putih, putih gebu, putih merah, putih susu. Ada jugak yang macam Jepun. Memang susah nak percaya dia ada keturunan DKK. Kalau kata keturunan cina, masuk akal jugak. Orang kata cek ni putih, tapi bila masuk keluarga depa, ada yang kata cek ni itam!!!!
Mak bercerita lagi..."Mak, muda muda dulu pi belajaq buat kuih, balik rumah buat sampai jadi. Belajaq jahit baju, sulam menyulam, masuk pertandingan, mak menaang. Mak seronok, jangan tak taau...hehehe..." dia ketawa kecil. "Kalau hari raya meja ni penuh dengan kuih muih, mak buat, kak nolia hang laa yang tolong. Kesian dia...tapi seronok. Baju, semua mak jahit, tak dak yang beli. Anak ramai. Mak jahit sorang 2 helai, dah siap mak simpan tak bagi depa tengok. Sampai hari raya baru mak keluaqkan".
Ibu mertuaku rajin mengaji AlQuran. Quran dia besaq. Bila dia mengaji, aku suka duduk dibelakang dia sambil memperhatikan nya. Mata dia terang lagi untuk mengaji alQuran. Dulu dulu katanya orang kampung datang mengaji dengan dia. Tapi anak anak dia, sepanjang pengetahuan saya, tak ada yang khatam AlQuran pun.

Dia tidak pelupa lagi. Sesetengah orang tua macam ni dah nyanyok. Dia masih mau ambil tahu pasal politik. suka tengok berita - berita dunia. Mak ni akal dia tajam, pandai saikoloji orang. Kalau ajak dia pi jalan, dia tak mau ikut yang lain, nak ikut suami cek jugak. Maklumlah anak kesayangan.
Suatu hari raya, sebelum dia jatuh sakit, dia usik mengusik aku. Dalam usik mengusik itu ada permintaannya. Dia inginkan rantai emas yang labuh yang terlilit dileher aku. Tidak pula aku memberikannya dan-dan, sebab yang aku tengah pakai tu rantai zulian. Bila berjalan jauh aku memang tak berani pakai emas yang tulin. Takutlah, tak tau apa yang akan berlaku ditengah jalan nanti. Waktu cuti sekolah tahun itu jugak, kami balik kampung, aku ambil kesempatan untuk menyarungkan rantai emas yang labuh di lehernya. Rantai emas 916 dari Habib Jewel, salah satu koleksi rantaiku. Dia terdiam. "Ini rantai emas yang mak mintak tempoh hari dulu". Terkeluar kata kata dari mulutku memecah kesunyian. Pabila tinggal mak dan aku saje, mak pun berpesan. "Mak ada barang nak beri kat Liyana, (anak perempuan ku) tapi barang tu kepunyaan ayah. Mak kena cari dulu, tak tau mana letaknya. Keronsang...Pada zaman British dulu....." aku menyesal tak catit sejarah keronsang itu. sambung dia lagi...."tapi keronsang itu bukan emas". aku mencelah. "Tak apalah mak, mak beri dengan ikhlas, untuk cucu mak jugak, apa saja kami terima".

Talipon dirumah berdering. Suamiku jawab..."Mak sakit" bunyi suara dalam talipon. "cepatlah balik, semua balik ni". Mak lumpuh sebelah badan disebabkan mengejar anjing yang masuk dalam kawasan rumah. Dia terseliuh lalu jatuh. Sakitnya bertambah teruk. Masuk hospital keluar hospital. Akhirnya mak meninggal dunia dihospital jugak..

AL-FATIHAH

Rumah itu pun sibuk dengan kenduri, dan mesyuarat dan membahagi harta. Kira-kira dibentang, hutang hospital dan ubat ubatan serta pengebumian harus dilangsaikan dengan segera. Satu jumlah yang agak besar diketarakan. Semua adik beradik senyap dengan jumlah itu. Suatu suara memecah kesepian. "I will pay for that amount" suara itu suara anak menantu perempuan . Yang lain diam. "I can give RM1k". aku mencelah. Aku anak menantu perempuan jugak. Apa hal ni....Mereka masih membisu.
Senarai harta yang dibagi bagikan dibaca: Ada beberapa orang anak yang mendapat duit berbelas belasan ribu. Ada yang dapat duit serta tanah, rumah. (Kebanyakan anak perempuan). ada yang tak dapat langsung. Ramai bersuara dibelakang - tidak adil.
Aku pun menarik balik RM1k yang aku hendak derma tadi. Mereka dah banyak wang, tak kan tak boleh chip in.

Untuk cucu perempuan, seutas rantai atau gelang emas. Ini dihadkan hanya untuk keluarga yang empunya satu saje anak perempuan. Tapi awal2 mak dah kata pada ku apa yang dia hendak berikan kat Liyana. Keronsang, tapi bukan daripada emas. Yang itu kami sekeluarga terima. Tak apalah. Itu rezeki Liyana. Aku pun terfikir....mana pergi rantai emas yang aku hadiahkan pada mak? Siapa yang dapat? Kenapa mak tak berikan rantai itu kepada Liyana, anak aku?????
Tinggal sebidang tanah untuk mereka bagi bagikan. Itu aku tak nak ambil tahu. Harta mereka.

Ku doakan mak aman ditempat istirehatnya.

AMIN

No comments:

Post a Comment