Saturday, February 13, 2010

QURAN BURUK

Kata orang jodoh pertemuan, ajal maut ditangan tuhan. Apakan daya kita manusia yang kerdil hanya mampu berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat; dan berusaha untuk kehidupan yang sempurna diatas dunia yang fana ini.


Dalam kesibukan hari harian untuk mencari sesuap nasi dari rezeki yang halal dan dengan usia yang sudah separoh abad ini, saya mengucapkan syukor alhamdulillah kehadrat illahi kerana memberi saya kesihatan dan kekuatan lagi. InsyaAllah........biarlah ia berkekalan hingga keakhir hayat.



Dengan kehendak Allah saya dan kakak saya ditakdirkan untuk menjaga makcik yang hidup sebatang kara. Menjaga ikut giliran. Makcik ni usianya 73 tahun. Diibaratkan sebagai QURAN BURUK. Di sentuh takut berkecai. Must Handle with Care. Tempatnya atas almari saje. Makcik ini merupakan saorang yang berpelajaran, tapi usia dah sangat matang, belum nyanyok lagi, banyak masaalah kesihatan. Maklumlah orang tua, semua penyakit ada... Gout, kencing manis, darah tinggi, gatal gatal badan, katerak mata, tyroid, barah pun ada. Kesian dia.... Mungkin kerana dahulu hidup saorang diri, tiada yang ambil peduli hal makan minumnya.



Selagi kita bernafas kita tidak akan sunyi dari dugaan. Bukan mudah hendak menjaga orang tua.




Bukan makan minumnya sahaja. Jadual dia kena pergi hospital agak kerap juga sebab banyak penyakit yang berlainan.


Mata satu bab, barah - lain bab dan penyakit yan lain lain itu lagi satu bab. Sedangkan saya disini tidak berkesempatan untuk pergi keklinik apatah lagi rumah sakit. Itu baru pergi cek-up, ambil ubat lagi - bekalan 3 bulan tapi ubat kena ambil tiap tiap bulan. Bayangkan, masa nak pergi ambil ubat dan siapa pula yang ada nak ambil ubat tu... Saya pula tak mobile. Itulah dugaan...... Mau tak mau kena selitkan juga masa untuk semua tu..... Nasib baik dapat suami yang understanding. Itupun kadang kadang bising sebab dia buat bisnes masa dia selalu terkejar kejar. Saya pula kena jaga kedai.. Adooooiiii.......


Astagfirrullah.....


Bukan itu sahaja, kerenah orang tua yang sakit ni banyak. Ade ade...aje... Sekejap kejap suruh beli itu dan ini tidak habis habis. Sekejap kejap sakit baru timbul, cek doktor tak ada apa apa pun. Apa lah dosa makcik ni....


Astagfirrullah.....


Orang dulu dulu kata, kalau menumpang rumah orang, kena ringan tulang, kena mulut manis dan kena tahan telinga. Tapi sebaliknya bila kita bela orang tua, kita pula kena tahan marah, kena sabar banyak banyak kerana kerenah yang tak menentu. Yang penting kena pakai saikolojilah. Konon nak cari pahala, nanti lain pula yang dapat.


Astagfirrullah....


Rumah saya sekarang asyik bau minyak saje......pening dibuatnya. Saya pulak tak suka pakai minyak. Minyak urut ke minyak kapak ke, memang jarang jarang sekali memakainya. Dia kata gatal badan. Salin cadar, vakum bilik, mop lagi, tak hilang juga gatal tu. doktor bagi krim pun masih gatal lagi. Makan - jaga. Tak tau lah kalu curi curi makan. Buntu akal fikiran, tak tau apa nak buat lagi. Lama lama diamkan saje. Minyak berbau sampai keatas rumah. Bilik dia dibawah. Wangi rumah tu dah tenggelam. Pening dibuatnya. Sabar je la.......


Astgfirrullah halaziim.....


Didapor pula dia suka berkemas. Habis pinggan mangkok, periok belanga tak tau mana dia simpan. Kelam kabut dibuatnya. Kita nak cepat jadi lambat pulak. Rajin pula nak menolong. Nak lap meja makan sesudah makan malam, tapi ambil kain lap yang kotor dan berminyak. Bila tegur jadi satu masaalah pula.


Tension tak habis.


Astagfirruallah halaziim


Apabila tengok dia duduk termenong kesian pula. Pilu rasa hati. Makcik ni rajin berwirid, rajin solat sunat, rajin baca yasin dan sebagainya. Moga moga Allah ringankan beban sakitnya serta ampuni segala dosa dosa dia. Sekali sekala, hujung minggu bawa dia for a ride. Bila dengar nak berjalan segar pugar lah dia. Hilang sakit dan gatal gatal.


Kelakar pun ada.


Astagfirrullah, astagfirrullah, astagfirrullah..


"Ya allah ya tuhan ku, ampunilah dosa dosa kakak ku sekeluarga dan juga dosa dosa aku sekeluarga, dalam membela makcik tua ini dengan urusan hari harianya, makan minumnya, kesopanan kami dan tutur bahasa kami yang kasar atau biadap sama ada dalam sedar atau tidak, aku pohon ribuan keampunan dari mu. Tiada tuhan lain melainkan engkau yang kami sembah dan memohon ampun. Ya Allah ya tuhan, ampunilah segala dosa dosa makcik ini sahingga sekecil kecil biji zarah. Hapuskan lah segala dosanya dan sembohkan lah penyakit penyakit yang dihidapi itu".


Amin ya rabbil a'lamin..


Kami sedang berusaha untuk mencari ubat dari AlQuran. Ubat sampingan selain dari ubat doktor. Harap harap dapat menolong dia mengurangkan penyakit yang ada.



AMIN


No comments:

Post a Comment