Saturday, February 13, 2010

SAHABAT LAMA



Aku punya sahabat yang aku kenal sejak dari darjah satu lagi. Ada tiga orang. Seorang graduan dari Universiti Malaya, saorang dari Monash Universiti dan sorang lagi lulusan Senior Cambridge. Lepas Senior Cambridge (SPM sekarang) kami bawa nasib masing masing. Dulu kami berempat masih bertemu dan bertukar nota. Nota nota hidup kami. Tapi sekarang susah nak jumpa, maklumlah, ada yang diselatan, timor, utara dan barat.

Saorang tu anak Dato'. Dia ni very reserve. Berkahwin dengan graduan juga. Wedding dia very grand. Very happy couple. Suami dia joker, berjawatan sebagai saorang businesman. Dikurniakan dua orang puteri. Selepas lebih kurang 10 tahun perkahwinan, dia dimadukan, alangkah terkejutnya dunia kami. Tetapi episod bermadu dia tak tahan lama. Dengan izin Allah sahabat saya ni dapat kembali kebahgiaan rumah tangganya. Syukur Alhamdulilla...Semoga bahagia hingga keakhir hayat... Dah bercucu pun.

Sahabat yang saorang lagi ni tak pernah jejak kejinjang pelamin. Dia ni pun very reserve orang nya. Dia suka solo,,, Dulu bekerja keras sampai dapat capai pangkat yang tinggi lah jugak. Ada rumah, ada kereta, ada duit dan ada ramai anak buah. Dah jadi Hajjah dah. Yang itu semua cukup. Tapi dia ni very sensitif, moody, quite difficult to please. Lepas besara banyaklah aktiviti dia, pergi surau, jogging, join persatuan macam macam just to keep her ticking. Dia suka makan - makan sedap sedap - kena bypass - Syukor Alhamdulillah sekarang dah sihat. Semoga sihat selalu dan di beri rezeki yang melimpah ruah hendak nya lagi halal.

Cerita yang sorang lagi ni hebat. Dia ala ala Princess Diana. Bukan apa...dia suka glamor. Kawin dengan serani. Suami dia 15 tahun lebih tua pada dia. Masa muda dulu bolih lah kata "old man's darling" sekarang - old man's maid kot. Hsssh main main je.. Dia hidup dalam kemewahan. Jet setter la jugak. Kalau shopping like nobody's business. Ambil saja apa yang dia suka without thinking or hesitating. Tak macam kita, kena fikir 2, 3 kali. Rumah - banglo ada, kondo ada, kat overseas pun ada. Slack 1 je..dia tak bolih drive. Anak? Sorang je.

Walaupun mewah, hidup tak begitu tenteram. Anak kawin dengan orang asing juga tapi tak berkekalan. Suatu hari anak dia kena pukul di tengah jalan, kerana apa tak tau. Masuk ICU. Nasib baik tak apa apa. Suami dia pulak buat hal, tak ada angin ribut dia pulak pergi kechurch balik. Lintang pukang lah si isteri ni tadi. Nak kata apa dia sendiri tak tunjuk ajar. Sekarang baru ter raba raba.
Sedih atas apa yang berlaku atas dia. Aku selalu suruh dia kembali kejalan Allah. Tapi dia tu too westernize. Susah kita dibuatnya. Syukorlah dia sedar juga. Aku suruh dia cari ustaz untuk belajar balik apa yang perlu.
Berita baik yang aku terima pada dia ialah anak dia tak akan mendirikan rumah tangga kali kedua selagi dia tak pandai membaca quran dan yasin.

Syukor Alhamdulillah....

Suaminya sekarang dah uzur. Kerap kena dialysis, ada lemah jantung, wheel chair bound, pelupa dan ada lagi.... Dia terpaksa megupah saorang jururawat lelaki untuk menguruskan suaminya hari hari. Masaalah dia tidak berakhir disitu saje. Dia pulak dapat barah.

MasyaAllah....

Aku memang jarang dapat bertemu dia sebab ada kala dia di overseas. Bila dia di tanah air, aku pula tak mobile begitu juga dia. Dulu suamiku tak mahu membawa aku pergi berjumpa dengan dia, suami dia pun seperti suami aku. Jadi kami berhubung melalui talipon saje lah. Walhal suami dengan suami baik.

Namun begitu tak pernah aku lupakan mereka dalam doa ku.




No comments:

Post a Comment